Saturday, January 9, 2016

Sup Bebola Ikan (Fishball) Bersayur

Saja nak share resipi Sup bebola Ikan (Fishball) Bersayur 

Bahan-bahan:

  • Bunga lawang, kayu manis 
  • Bawang putih
  • Cili  padi
  • Celery stalk
  • Carrot
  • Potato
  • Broccoli
  • Fishball
  • Air
  • Minyak

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih,kayu manis, bunga lawang & cili padi sampai bau wangi.
  2. Reneh potato sampai agak-agak nak empuk.
  3. Chuck in all the sayur ; celery, carrot, brocolli & fishball.
  4. Letak garam sikit tunggu mendidih. Siapp.

Rasa kelakar cerita pasal resipi. Haha. But why not, boleh jadi bahan rujukan akan datang. Gambar dari post sebelum ini Sup Fishball Bersayur

Till then.
XOXO

Friday, January 8, 2016

Azam Tahun 2015

Sebelum tahun 2015 melabuhkan tirai, segala azam hendaklah di lunaskan baru la rasa best & puas.
Salah satu azam yang masih belum tercapai ialah untuk ganti semua puasa pada Hari Raya Aidilfirti 2015. Hanya berbaki sehari sahaja lagi puasa yang masih tidak digantikan. Oleh itu, terus saya berpuasa. Puasa ganti kali ini for the first time masak sendiri. Menu yang di masakan adalah amat simple dan mudah iaitu Sup Bebola Ikan (Fishball) Bersayur dan paling best Corned Beef Cili Padi yeahhh. Rupanya memasak ni tidaklah susah mana cuma campak campak sahaja. Gambar makanan di bawah layak di upload sebab memang nampak sedap dan saya bangga dapat masak sendiri walaupon berpuasa.

Sup Bebola Ikan (Fishball) Sayur

Toast, Corned Beef Cili Padi with Cheddar Cheese

I don't know how do you prefer your dessert..but this is my preference. Nestle MILO.
Simply the best. Guilty pleasure.

Yeah puasa ganti tahun 2015 sudah selesai!
:)

Till then.
XOXO

Thursday, January 7, 2016

Makan Malam di Restoran Sekor & Co, Ukay Heights Ampang

Lapar. Lapar. Lapar.
Serius lapar setelah seharian sibuk di tempat kerja hingga lupa makan.

Google. Instagram. Blog. Facebook.
Hasil carian kami di ke empat-empat media sosial ini membawa kami ke Sekor & Co untuk makan malam. Kunci kereta di capai  dan laju memandu di celah-celah hiruk pikuk kota Kuala Lumpur  meredah jam di Jalan Ampang menghala ke lokasi Sekor & Co di Ukay Heights, Ampang. Tidak susah mencari, landmark adalah depan sikit dari SCPA.

Restorannya terletak di tingkat atas deretan kedai. Melangkah ke restoran terpapar konsep intrior yang minimalist & feel like home. I like it.

Kami memilih untuk duduk di tepi balkoni sambil di alun muzik muzik yang best Earth, Wind & Fire, Freddi Mercury.. feel so chillax.

So, when the menu came, we almost ordered everything on the menu. Mereka mempunyai seleksi menu Malay-Indo dan Barat yang harus dicuba.

Lihat gambar-gamabr di bawah : 





Pembuka selera dengan klasik french cuisine, Pate de Canard (hati goose/duck) with orange chutney di makan bersam roti artisan Sekor & Co.


Main course, of course nasi putih bersama Ayam Sekor, Daging Berlado & Salted Egg Squid. Makan berdua tapi macam makan berlima. Hee


Interior yang simple dan lampu malap menaikkan mood untuk makan.

Alhamdulillah.
Nice weather, good food & good music.

Definitely kami akan kembali, for the Ayam Sekor especially.

Till then.
XOXO



Sunday, January 3, 2016

Langkawi Daytrip

Air Asia sememangnya menjadi pilihan ramai kerana kadar harga tiket yang dikenakan amat berpatutuan sejajar dengan Tagline Air Asia, Now Everyone Can Fly.

Baru-baru ini, sedang sibuk browse tiket murah terlihat iklan tiket murah ke Langkawi oleh Air Asia. Apa lagi kami terus dengan laju & semangat membeli tiket tersebut.
Tiket tersebut adalah pergi balik pada hari yang sama iaitu Sabtu. Kami bertolak dari KLIA2 dengan penerbangan pertama Air Asia & pulang dengan penerbangan terakhir pada hari yang sama juga dengan menaiki Air Asia.
Tujuan utama trip #langkawidaytrip ini adalah untuk membeli chocolate & bawak mak jalan-jalan. Nak pergi Port Dickson, tapi dah bosan. Banyak juga perkara yang boelh dilakukan dalam amsa sehari. Bagi yang sememangnya jenis sebuk dan sering kesuntukan masa mungkin #langkawidaytrip boleh dipertimbangkan. Untuk pengetahuan sememangnya yang kerap melakukan day trip ke Langkawi adalah golfers. Okay berikut adalah beberapa gambar #langkawidaytrip.




Ini adalah antara barangan yang hendak di borong di Langkawi Saga. Kami juga singgah di Haji Ismail Group (HIG) tapi ada beberapa chocolate tidak ada di HIG tapi Langkawi Saga ada.

Di jeti untuk pusing-pusing Eagle Feeding & melawat Gua.

Sebelum dinner, kami sempat menikmati detik detik sunset di tepi lapanga terbang sambil menikmati rojak buah, laksa ikan sekor & rojak mee. Semuanya sedap.

Sekian, sahaja.
XOXO

Saturday, December 19, 2015

A Trip to Pulau Ketam, Selangor

Mati kutu. 
Kami memang hilang idea ke mana hala tuju hujung minggu ini. 
Mujur ada di kalangan rakan-rakan yang suggest a trip to Pulau Ketam, Selangor. Tanpaberlengahh kami setuju dengan idea itu memandagkan tidaj pernah jami jejaki lagi Pulau Ketam yang cukup asing namanya.
Mrujuk kepada carian google map, boleh tahan terpencil tempatnya ya walau hanya di daerah Klag.
Perjalanan ke sana mengambil masa selama sejam dengan menaiki train Komuter Malaysia dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang (stesen terakhir), sungguh lama..
Sejurus tiba, terbau aroma laut masin menerpa musuk segala deria bau yang ada kerana stesen ini bersebelahan dengan laut. Untuk ke Pulau Ketam, haurslah menaiki ferry yang jaraknys 300meter dari stesen KTM dan jarak perjalanannya sekitar 20 minit.
Sepanjang perjalanan ferry kelihatan pemandangan hutan bakau yang sepertii lukisan, cantik.
Berikut adalah beberapa gambar sekitar Pulau Ketam. 

Pelabuhan Klang KTM Station. The last station.

Ferries to Pulau Ketam

Bicycle is the main transportation. There are plenty of bicycle to rent, don't worry about it.

Udang kering for sale.

Ikan kering for sale. To some, this is their bread & butter.

I think, this is the only school in Pulau Ketam.

Time to head home.


Travelling tips to Pulau Ketam : 

  1. Pakai baju bersesuaian jika tak mahu baju basah lencun oleh peluh
  2. Bersedia untuk mengayuh basikal
  3. Sila bawa shade/hat & disposable raincoat just in case hujan
  4. Tidak dinasihatkan makan di restoran yang ada khuatir sakit perut
  5. Sila makan heavy breakfast sebelum ke sana dan bawa roti sekadar mengalas perut in case lapar
Baiklah setakat itu sahaja. 
XOXO





                                                                                        T






Monday, December 14, 2015

A Day Trip to Ipoh, Perak

Leaving in Kuala Lumpur has gives us the perks of the ease at travelling a to every short-distance destinations. Melaka, Port Dickson, Janda Baik & Temerloh can be reach in 2 hours time making those destination as a considerable day-trip destination. So last Sunday, the whole family wanted to go for short tip out of the city and we decided to head North, to Ipoh, Perak. The location is consider dekat which in 2 hours we have reach Ipoh trough the NKVE. 

We have discover makan-makan spot yang best which you should not missed :


Breakfast in Ipoh, at Mee Daud Mat Jasak. We sample all on the list of menu. But would definitely suggest you to try Kuew Tweo kicap.It is something new to me. Don't forget to also try their legendary Mee Curry. I love that too. 


Lunch in Ipoh, at the famous Nasi Ganja/Nasi Ayam Merah. The Q was damn long. But the if you were to dine in, just cari meja kosong sahaja and the Anney will take care of you. Unless if you are tapau-ing than you have to join the damn long Q. Here, you can try the Nasi Ganja Ayam Merah or Daging Merah. I tell you what, you easily get drowsy after a plate of this. I'm warning you. 


In between this makan-makan, we stopped by the Pasar Karat just nearby UTC Ipoh where locals sells antiques. A walk to this Pasar helps burn calories after the makan-makan.  



So later, after we had our lunch we head home and singgah Cameron Highlannds to buy fresh veges. We also had a quick ride up to the tea plantations. The view from top was beautiful and the temperature was so nice, sejuk sejuk.



We end up the trip with steamboat dinner somewhre nearby Tanah Rata. Kalau dari Brinchang ke Tanah Rata, kedainya di tepi sebelah kanan. Just neaby Maybank's bungalow.

Till then.
XOXO


Thursday, November 5, 2015

FRANCO, AVENUE K


FRANCO, restoran baru di tingkat Ground Floor Avenue K memberi sesuatu kelainan terutamanya kepada penggemar makanan fusion. Menu yang berkonsepkan gabungan rasa makanan fine dining dari Jepun & Perancis ini di hidangkan dalam suasana casual sekaligus memberi rasa chill sambil menikmati hidangan.

Kami cadangkan sesiapa yang akan berkunjung ke FRANCO untuk mencuba hidangan unik seperti Squid Ink Rice & Squid Ink Pasta yang pasti tidak akan kamu lupakan kelazatan & kelainannya. Tidak lengkap jika tidak mencuba beberapa desserts yang ada seperti Matcha Souffle, FRANCO French Toast atau Azurki Red Bean & Jelly Pancake Matcha Softee yang sememangnya to-die-for lagi-lagi kepada penggemar dessert.

Oh, FRANCO di Avenue K juga memberi peluang kepada pengunjung untuk ke MELBOURNE! Oh how generous are they? Haha. Simply fill a up a form and you can (if you are lucky) WIN A TRIP TO MELBOURNE, AUSTRALIA. Anyway, I will definitely gonna come back for all of the desserts!

Kepada cafe-hopper/cafe-hunters/food-lovers sekalian selamat mencuba.

Percuma ke Melbourne oleh FRANCO, Avenue K!

This is one of many other FRANCO's dish, Squid Ink Rice. Ugly but tasty.


Other details you need to know
Location : FRANCO, Level G, Lot G-11, Avenue K, Kuala Lumpur
Opening Hour : 10.00 AM - 10.00 PM