Saturday, January 9, 2016

Sup Bebola Ikan (Fishball) Bersayur

Saja nak share resipi Sup bebola Ikan (Fishball) Bersayur 

Bahan-bahan:

  • Bunga lawang, kayu manis 
  • Bawang putih
  • Cili  padi
  • Celery stalk
  • Carrot
  • Potato
  • Broccoli
  • Fishball
  • Air
  • Minyak

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih,kayu manis, bunga lawang & cili padi sampai bau wangi.
  2. Reneh potato sampai agak-agak nak empuk.
  3. Chuck in all the sayur ; celery, carrot, brocolli & fishball.
  4. Letak garam sikit tunggu mendidih. Siapp.

Rasa kelakar cerita pasal resipi. Haha. But why not, boleh jadi bahan rujukan akan datang. Gambar dari post sebelum ini Sup Fishball Bersayur

Till then.
XOXO

Friday, January 8, 2016

Azam Tahun 2015

Sebelum tahun 2015 melabuhkan tirai, segala azam hendaklah di lunaskan baru la rasa best & puas.
Salah satu azam yang masih belum tercapai ialah untuk ganti semua puasa pada Hari Raya Aidilfirti 2015. Hanya berbaki sehari sahaja lagi puasa yang masih tidak digantikan. Oleh itu, terus saya berpuasa. Puasa ganti kali ini for the first time masak sendiri. Menu yang di masakan adalah amat simple dan mudah iaitu Sup Bebola Ikan (Fishball) Bersayur dan paling best Corned Beef Cili Padi yeahhh. Rupanya memasak ni tidaklah susah mana cuma campak campak sahaja. Gambar makanan di bawah layak di upload sebab memang nampak sedap dan saya bangga dapat masak sendiri walaupon berpuasa.

Sup Bebola Ikan (Fishball) Sayur

Toast, Corned Beef Cili Padi with Cheddar Cheese

I don't know how do you prefer your dessert..but this is my preference. Nestle MILO.
Simply the best. Guilty pleasure.

Yeah puasa ganti tahun 2015 sudah selesai!
:)

Till then.
XOXO

Thursday, January 7, 2016

Makan Malam di Restoran Sekor & Co, Ukay Heights Ampang

Lapar. Lapar. Lapar.
Serius lapar setelah seharian sibuk di tempat kerja hingga lupa makan.

Google. Instagram. Blog. Facebook.
Hasil carian kami di ke empat-empat media sosial ini membawa kami ke Sekor & Co untuk makan malam. Kunci kereta di capai  dan laju memandu di celah-celah hiruk pikuk kota Kuala Lumpur  meredah jam di Jalan Ampang menghala ke lokasi Sekor & Co di Ukay Heights, Ampang. Tidak susah mencari, landmark adalah depan sikit dari SCPA.

Restorannya terletak di tingkat atas deretan kedai. Melangkah ke restoran terpapar konsep intrior yang minimalist & feel like home. I like it.

Kami memilih untuk duduk di tepi balkoni sambil di alun muzik muzik yang best Earth, Wind & Fire, Freddi Mercury.. feel so chillax.

So, when the menu came, we almost ordered everything on the menu. Mereka mempunyai seleksi menu Malay-Indo dan Barat yang harus dicuba.

Lihat gambar-gamabr di bawah : 





Pembuka selera dengan klasik french cuisine, Pate de Canard (hati goose/duck) with orange chutney di makan bersam roti artisan Sekor & Co.


Main course, of course nasi putih bersama Ayam Sekor, Daging Berlado & Salted Egg Squid. Makan berdua tapi macam makan berlima. Hee


Interior yang simple dan lampu malap menaikkan mood untuk makan.

Alhamdulillah.
Nice weather, good food & good music.

Definitely kami akan kembali, for the Ayam Sekor especially.

Till then.
XOXO



Sunday, January 3, 2016

Langkawi Daytrip

Air Asia sememangnya menjadi pilihan ramai kerana kadar harga tiket yang dikenakan amat berpatutuan sejajar dengan Tagline Air Asia, Now Everyone Can Fly.

Baru-baru ini, sedang sibuk browse tiket murah terlihat iklan tiket murah ke Langkawi oleh Air Asia. Apa lagi kami terus dengan laju & semangat membeli tiket tersebut.
Tiket tersebut adalah pergi balik pada hari yang sama iaitu Sabtu. Kami bertolak dari KLIA2 dengan penerbangan pertama Air Asia & pulang dengan penerbangan terakhir pada hari yang sama juga dengan menaiki Air Asia.
Tujuan utama trip #langkawidaytrip ini adalah untuk membeli chocolate & bawak mak jalan-jalan. Nak pergi Port Dickson, tapi dah bosan. Banyak juga perkara yang boelh dilakukan dalam amsa sehari. Bagi yang sememangnya jenis sebuk dan sering kesuntukan masa mungkin #langkawidaytrip boleh dipertimbangkan. Untuk pengetahuan sememangnya yang kerap melakukan day trip ke Langkawi adalah golfers. Okay berikut adalah beberapa gambar #langkawidaytrip.




Ini adalah antara barangan yang hendak di borong di Langkawi Saga. Kami juga singgah di Haji Ismail Group (HIG) tapi ada beberapa chocolate tidak ada di HIG tapi Langkawi Saga ada.

Di jeti untuk pusing-pusing Eagle Feeding & melawat Gua.

Sebelum dinner, kami sempat menikmati detik detik sunset di tepi lapanga terbang sambil menikmati rojak buah, laksa ikan sekor & rojak mee. Semuanya sedap.

Sekian, sahaja.
XOXO