Sunday, January 3, 2016

Langkawi Daytrip

Air Asia sememangnya menjadi pilihan ramai kerana kadar harga tiket yang dikenakan amat berpatutuan sejajar dengan Tagline Air Asia, Now Everyone Can Fly.

Baru-baru ini, sedang sibuk browse tiket murah terlihat iklan tiket murah ke Langkawi oleh Air Asia. Apa lagi kami terus dengan laju & semangat membeli tiket tersebut.
Tiket tersebut adalah pergi balik pada hari yang sama iaitu Sabtu. Kami bertolak dari KLIA2 dengan penerbangan pertama Air Asia & pulang dengan penerbangan terakhir pada hari yang sama juga dengan menaiki Air Asia.
Tujuan utama trip #langkawidaytrip ini adalah untuk membeli chocolate & bawak mak jalan-jalan. Nak pergi Port Dickson, tapi dah bosan. Banyak juga perkara yang boelh dilakukan dalam amsa sehari. Bagi yang sememangnya jenis sebuk dan sering kesuntukan masa mungkin #langkawidaytrip boleh dipertimbangkan. Untuk pengetahuan sememangnya yang kerap melakukan day trip ke Langkawi adalah golfers. Okay berikut adalah beberapa gambar #langkawidaytrip.




Ini adalah antara barangan yang hendak di borong di Langkawi Saga. Kami juga singgah di Haji Ismail Group (HIG) tapi ada beberapa chocolate tidak ada di HIG tapi Langkawi Saga ada.

Di jeti untuk pusing-pusing Eagle Feeding & melawat Gua.

Sebelum dinner, kami sempat menikmati detik detik sunset di tepi lapanga terbang sambil menikmati rojak buah, laksa ikan sekor & rojak mee. Semuanya sedap.

Sekian, sahaja.
XOXO

No comments:

Post a Comment